Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki? Kajian ilmiah
menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda
berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata
yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.
Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat
berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia
atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia
tubuh.
Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam
tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat
didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu
menangis 17 kali dalam setahun.
Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan
perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza.
Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak
balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan
demikian, ia lebih penting daripada protein.”
Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna
untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis
penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.
Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa
Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya
usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun
yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan
tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa
menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini
dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan
yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.
Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi
membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul
akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih
berganti
Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa
Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan
menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap
sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum
perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk
menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau
melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh
lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih
sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit
terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki
Air mata yang termahal siapa yang punya?
Ibu
Ayah
Remaja
Orang yang dizalim
Rujukan: Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah
Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin
Yusof
C0untdown 2013
Wednesday, 11 July 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment