C0untdown 2013

Wednesday, 26 September 2012

Kisah Pelangi

Dahulu saya pernah menjadi sukarelawan di sebuah rumah anak yatim. Menyapu sampah, mengagihkan makanan pada mereka, membacakan buku cerita, semua itu adalah kerja saya. Tetapi mendengar luahan hati anak-anak yatim bukanlah kerja saya, kerana saya tahu saya pasti akan menitiskan air mata. Dan saya masih ingat hari itu, hari di mana buat pertama kalinya saya membuat kerja yang bukan kerja saya. "Semalam saya bermimpi. Dalam mimpi itu saya seolah-olah berada di kayangan yang serba indah. Tanahnya subur ditumbuhi rumput segar yang menghijau. Langitnya pula biru seperti biru laut. Ada kepul-kepul awan yang memutih seperti gula-gula kapas. Mataharinya menyinar terang tetapi tidak mengeluarkan hangat seperti biasa. Dan saya ketika itu tidak berada di tanah tetapi saya berada di udara; terbang bersama sekawan burung yang amat cantik. Pada waktu itulah baru saya tersedar bahawa saya mempunyai kepak yang cantik seperti burung nuri. Jauh di kaki langit, saya melihat ada sang pelangi yang warnanya seakan-akan sama seperti kepak saya. Dan saya menuju ke situ." Teliti saya mendengar cerita seorang kanak-kanak di hadapan saya ini. Kanak-kanak kecil ini bernama Dila. Dia berumur 10 tahun dan menjadi anak yatim kira-kira lima tahun lepas. Kedua belah matanya tidak dapat melihat dan satu benda yang saya ingin ingatkan, jangan tanya saya mengapa; saya tidak tahu. Seketika saya melihat air matanya bergenang. "Eh mengapa menangis?" saya bertanya. Riak wajah saya berubah. "Saya sedih mengapa saya masih tidak sampai ke kaki langit walaupun saya rasakan sudah terlalu lama saya terbang menuju ke sana. Saya takut pelangi itu hilang sebelum saya tiba di sana. Dan saya sangat ingin menyentuh pelangi itu. Rasa sedih begitu berat hingga saya terjelepok ke tanah. Hamparan rumput yang menghijau tidak mampu mengubat kesedihan saya. Saya terduduk. Saya rasakan saya tidak mampu lagi untuk terbang menuju ke pelangi." Air matanya kini tidak dapat dibendung lagi. Laju air matanya berjejeran ke pipi seiring dengan esak tangisnya yang semakin kuat. Serentak dengan itu hati saya diserbu rasa sayu yang amat. Saya tidak tahu apa yang harus saya buat. "Tidak lama selepas itu, saya rasakan ada seseorang mengusap kepala saya. Saya mengangkat muka dan saya melihat ada dua susuk tubuh yang pernah saya ketemu dahulu cuma saya tidak ingat di mana. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Lelaki itu mengusap kepala saya dengan penuh kasih sayang sementara perempuan itu menguis air mata saya. Perempuan itu menghalakan jari telunjuknya ke arah sekawan burung berwarna-warni di langit. Kata perempuan itu burung-burung di langit sedang menunggu saya, bersedia menemani saya ke kaki langit bertemu sang pelangi. Hati saya girang mendengar kata-katanya. Mereka memeluk saya sebelum saya berangkat. Kata mereka saya akan berjumpa mereka lagi di tempat yang jauh lebih indah dari tempat ini. Saya kemudian berangkat dan terbang bersama sekawan burung menuju ke kaki langit. Semakin jauh saya terbang, semakin kecil pula tubuh mereka dan akhirnya lenyap daripada pandangan." Air matanya masih lagi berjejeran di pipi. Bagai ada sesuatu di dalam mimpinya yang membuatkan dia terus menangis. Saya terpempan melihatnya. Lalu tubuh kecil itu saya peluk erat-erat. Biarlah saya berkongsi kesedihannya. Dan dia juga memeluk saya. "Lalu, apakah Dila bertemu pelangi dan menyentuhnya?" saya bertanya. Masih tidak melepaskan pelukan. "Saya tidak tahu." Serentak dengan itu dia melepaskan pelukannya dan terus menangis. Esakannya semakin kuat kedengaran. Mungkin inilah kemuncak ceritanya. "Saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu kerana saya tersedar daripada tidur. Saya memalingkan wajah saya ke kanan dan kiri, mencari-cari burung-burung cantik yang menemani saya tetapi yang ada hanyalah kegelapan. Tiada lagi burung-burung yang cantik, tiada lagi rumput yang menghijau, semua sudah hilang." Dia menekupkan kedua tangannya ke muka. Esak tangisnya begitu mengharukan. Tanpa saya sedar, saya juga menitiskan air mata. Saya hanya diam membisu, tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Hari terakhir saya di rumah anak yatim itu, saya sempat bertamu ke pejabat urusan untuk berjumpa dengan kakitangan rumah anak yatim itu sebelum saya berangkat pulang. Selama hampir dua bulan saya menabur bakti di rumah itu, kini masanya untuk saya pulang ke kolej. "Dahulu Dila boleh melihat. Selepas berlakunya kemalangan teruk kalau tak silap saya di Cameron Highlands dalam lima tahun lepas, mata Dila rosak teruk sehingga doktor yang merawat mengatakan matanya memang dah tidak boleh diselamatkan. Ayah dan ibunya meninggal dunia di tempat kejadian. Dila dibawa ke sini oleh salah seorang kakitangan rumah anak yatim ini yang juga saudara jauhnya. Saudara terdekat Dila semuanya tidak mampu menjaga Dila mungkin kerana faktor kewangan." Kata-kata pengarah rumah anak yatim itu seperti halilintar yang menyambar. Mata saya mula berkaca. "Jadi bagaimana pula dengan kisah pelangi yang diceritakan oleh Dila?" saya bertanya. "Siapa tahu? Mungkin Dila terlampau rindukan orang tuanya hingga mendorong Dila memanifestasikan rasa rindunya itu ke dalam sebuah cerita. Mungkin juga kisahnya itu mempunyai kaitan dengan kejadian yang menimpa diri dan keluarganya." Saya meraup tangan ke muka. Aduhai alangkah beratnya ujianmu Dila. Air mata saya tidak dapat dibendung lagi. Saat itu juga air mata saya tumpah ruah. Hari itu. Ya, hari terakhir itu meleraikan segalanya. Tragedi yang menimpa Dila dan kisah pelanginya cukup menginsafkan. Sebenarnya dalam hidup kita, kita menyangka kita sudah ditimpa ujian yang sangat berat hingga akhirnya kita terduduk di tanah. Walhal jika kita membuka mata dan meneroka kehidupan orang lain, siapa sangka masih ada insan yang jauh tidak bernasib baik daripada kita. Dila misalnya. Sebagai kanak-kanak, dia tidak mampu untuk meluahkan segala-galanya dengan bahasa yang lurus. Sebaliknya dia menjadikan sebuah kisah pelangi yang diadun dengan imaginasi untuk dijadikan sebuah manifestasi rasa rindunya pada orang tuanya. Dan sekali kita dapat meleraikan kisahnya, pasti akan membuatkan kita terpana dan terduduk insaf.

Takutkah Aku?

Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, perlahan-lahan aku menyarungkan kain berwarna putih polos itu di kepalaku. Ya! Cukup padan rasanya. Seolah-olah aku seperti melihat susuk tubuh orang lain di hadapan cermin ini. Ada ketenangan yang tiba-tiba menyelinap masuk ke dalam hati. Rasa tersentuh. Rasa ingin sekali aku menangis. Sungguh. Sangat berat amanah yang aku pikul. Ya. Memang bukan mudah untuk berubah. Perit sekali. Tapi aku tekad inilah saatnya untuk aku berhijab. Bukan esok, bukan lusa, tapi hari ini. Hari ini, di bulan muliaMu, Ya Allah. Keputusan yang pastinya mengejutkan mama, papa, keluarga dan semua sahabatku. Bercampur-baur perasaanku. Seribu satu soalan bermain di benakku. Bersediakah aku menghadapi mereka? Masih adakah kawan yang sudi bersahabat denganku? Kuatkah aku nanti? Istiqamahkah aku? Atau...takutkah aku sebenarnya? Sungguh, aku cemburu dengan mereka yang daripada kecil sudah dilatih dengan ilmu agama. Aku kagum dengan mereka yang kini sudah berhijrah dan ingin berubah kepada yang lebih baik. Kerana aku tahu berubah itu tidak mudah. Aku tidak dilahirkan dalam persekitaran yang benar-benar mengamalkan agama Allah. Jauh sekali untuk memahami apakah maksud sebenar di sebalik perkataan dakwah dan tarbiah. Bergelar manusia biasa, aku hanyalah seorang wanita tipikal yang menggunakan 'Nur' pada pangkal nama, tapi tidak pernah menghayati amanah yang ada pada namaku. Bergelar remaja, aku juga tidak terlepas dengan kelekaan kepada drama-drama mahupun artis Korea. Bergelar pelajar, aku juga mahu bebas bergaul, bercinta dan menikmati hidup sepuasnya. Tapi untuk berubah, aku juga mahu, dan selagi masih bernafas, ku kira masih belum terlambat untuk kembali kepada Allah. Pagi itu, perlahan-lahan aku menuruni anak tangga. Ingin sekali melihat reaksi mama dan papa yang sedang bersarapan di ruang makan. Debaran hatiku hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah, syukur Ya Allah...Kau permudahkan urusanku dan Kau lapangkan hati mama dan papa untuk terima perubahanku. Satu yang masih terkesan untuk aku, perbuatan dan kata-kata Mama pagi itu. Mama orang pertama yang melihat aku bertudung. Sebaik melihat aku, mama terus mengalirkan air mata dan serta-merta melakukan sujud syukur. Kata-kata yang keluar daripada mulut mama cukup membuat aku sayu. "Kakak, mama tahu mama bukan ibu yang baik selama ni. Mama bukanlah contoh terbaik untuk kakak. Sepanjang 20 tahun, mama sentiasa inginkan yang terbaik untuk keluarga kita, tapi mama terlupa untuk sempurnakan didikan agama pada kakak. Mama minta maaf. Maaf untuk kesilapan mama yang selalu jauh daripada Allah. Maaf kerana turut bawa kakak dalam kejahilan mama. Tapi, hari ni Allah tunjuk pada mama, betapa baiknya Dia. Tidak pernah lupa pada kita. Dia buktikan pada mama melalui kakak. Alhamdulillah. Terima kasih, kakak." Mama, kalaulah mama tahu betapa kakak juga sangat bersyukur. Mungkin ini titik permulaan buat kakak, tapi kakak berharap ini juga titik permulaan buat mama, papa dan seluruh keluarga kita. Masih belum terlambat lagi. Ya, perubahan bukan hanya sekadar memakai hijab di kepala, tapi memakai hijab di seluruh tubuh, percakapan, tingkah laku dan pergaulan kita. Mungkin sekarang aku sekadar hamba yang masih bertatih menuju ke Tuhannya, wanita yang masih bertatih untuk cuba menutupi auratnya, dan insan yang masih bertatih ke arah kebaikan. Tapi, aku punya cita-cita ...syurga Allah itu luas dan aku mahu merasainya. Jika difikir, perubahanku hanya bermula daripada sebuah novel, tulisan yang membuatku sedar bahawa aku bukanlah sekadar watak putih di dalam al-Quran, yang membuatku tertarik untuk menyelusuri hadis Rasulullah SAW, yang akhirnya membawa aku untuk mengenali Penciptaku melalui ayat cintaNya. Baru kini aku sedar hidayah itu memang hak milik Allah sepenuhnya. Tapi, ia takkan sesekali datang bergolek. Aku yang perlu mencarinya. Jujur, jalan perubahan tidak mudah. Aku juga sering teruji. Kawan yang dahulu susah senang bersama mula meninggalkanku, niatku terkadang diperlekeh, hatiku terkadang memberontak mahu kembali kepada dahulu. Tapi, aku yakin Allah itu ada di sisi. "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah Al-Baqarah, ayat 186) Dalam satu petikan Hadis Qudsi, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: "....barangsiapa yang mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya satu hasta. Barangsiapa yang mendekatiKu satu hasta, maka Aku akan dekatinya satu depa. Dan barangsiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari..." Takutkah...aku untuk berubah? Tidak! Kerana aku yakin, syurga itu bukan sekadar untuk para rasul, bahkan untuk mereka yang sentiasa beramal soleh dan mencari keredhaanNya. Dan aku juga mahu menjadi salah seorang antara mereka.

Antara Cinta dan Cita-cita

Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Mataku menjadi liat untuk ditutup. Aku sendiri tidak tahu malapetaka apa yang sedang menganggu jiwa dan benak fikiranku ini. Peluh oleh hangat malam kian deras mengalir keluar dari liang-liang roma. Tilam yang menjadi lapik tubuhku mula terasa basah. Malam kian hitam dan pekat seperti kopi '0' atuk. Aku perlu memilih antara dua, cinta atau pelajaran. Memilih cinta bermakna aku akan mengundang kegagalan sekiranya gagal mengawal diri. Memilih pelajaran bermakna aku akan dapat mengejar impian menjadi seorang juruterbang. Memilih kedua-duanya? Bagaimanakah harus aku lakukan dua pekerjaan dalam satu waktu? Aku tidak mampu. Itulah persoalan yang bermain di benakku sejak akhir-akhir ini. Wajah Nur sering berulang tayang di fikiran. Malah kadang-kadang mengganggu tumpuan aku pada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. "Ah, mengapakah aku boleh tercampak ke lembah ini?" getus hati kecil Fakhrul. Sesekali aku menatap jam di dinding. Pukul 12.30 pagi. Esok aku mesti ke sekolah seperti biasa. Kalau tidak aku pasti akan ketinggalan dalam pelajaran. Peperiksaan SPM tinggal dua bulan lagi. Mahu tidak mahu aku mesti tamatkan ulang kaji supaya aku tidak mengecewakan ibu bapaku. Aku tidak mahu menjadi anak yang mengecewakan ibu bapa. Aku mesti melakukan sesuatu untuk menebus kegagalan abnag yang pernah mengecewakan keluarga. Jam berbunyi sekali. "Pukul satu pagi," getus hati Fakhrul. Fakhrul mula resah kerana matanya masih belum mahu lena. Dia bangun lalu menuju ke meja belajarnya. Dia mencapai buku Matematik Tambahan. Buku itu dibelek berkali-kali. Fakhrul melepaskan nafas lalu menghempaskan tubuhnya ke katil. Beberapa minit kemudian dia tidak sedar apa yang berlaku. Sedar sahaja daripada tidur, jam dinding di biliknya menunjukkan pukul 7.45 pagi. Dia mengosok mata berkali-kali. "Ah, lambat lagi," katanya di dalam hati. Antara percaya atau tidak, dia bergegas ke bilik air, mandi sepantas kilat macam kambing yang takutkan air, ke bilik semula kemudian mengenakan uniform sekolah. Fakhrul bergegas mencapai basikalnya kemudian sepantas kilat berkayuh ke sekolah seperti jaguh lumba basikal dalam Le Tour De Langkawi. "Asyik, asyik kamu sahaja yang lambat. Kenapa?" tanya Cikgu Syahran. Fakhrul tidak menjawab pertanyaan itu. Dia duduk di sebelah Fahim kemudian mengeluarkan buku teks Bahasa Melayu. Cikgu Syahran tercegat di depan kelas sambil menanti kalau-kalau Fakhrul akan menyatakan sesuatu. Penantian Cikgu Syahran sia-sia sahaja. Fakhrul bersahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Sikap Fakhrul itu membuatkan Cikgu Syahran hilang sabar dan mengarahkan Fakhrul supaya dia menulis sebanyak 1000 kali perkataan yang dia 'tidak akan lewat lagi ke sekolah' di atas sekeping kertas dan menyerahkan setelah tamat waktu persekolahan nanti sebagai denda kerana lewat. Fakhrul menurut sahaja arahan Cikgu Syahran tanpa sedikit pun bantahan. Dia malas untuk mengingkari arahan cikgunya itu kerana tahu jika dia mengingkarinya pasti dia akan dikenakan tindakan yang lagi. Loceng rehat berdering panjang. Seluruh warga sekolah keluar ke kantin untuk mengisi perut yang berkeroncong. Fakhrul menguap berkali-kali. Dia masih di mejanya menyiapkan perkataan "saya tidak akan lewat lagi ke sekolah" yang ada 999 kali lagi untuk di tulis sambil tersengguk-senguk menahan ngantuk. "Ehemmm, ehemmm!", Fakhrul tersentak dengan bunyi deheman yang bergema dari belakangnya. "Cikgu Nadia!" terpacul keluar nama guru kelasnya itu dari mulut Fakhrul. "Kenapa lewat lagi?" tegur Cikgu Nadia sambil tersenyum seperti kebiasaannya. Cikgu Nadia terkenal sebagai seorang guru yang lemah-lembut dan sangat mengambil berat tentang diri pelajar-pelajarnya. Dia tidak akan marah secara membabi buta tetapi dia mengambil pendekatan mendekati pelajarnya. Agaknya sebab ini aku dan pelajar lain senang berbicara dengannya. Cikgu Nadia bergerak dan duduk di hadapan meja Fakhrul. Perbuatan Cikgu Nadia itu membuatkan Fakhrul tersentak dari lamunannya. Dia cepat-cepat mengalihkan tumpuannya kepada pertanyaan Cikgu Nadia tadi. "Maaf cikgu, saya bangun lambat" jawabku ringkas dan lemah. "Tidur pukul berapa malam tadi?" " Tak tahu. Sedar-sedar sahaja dah pukul 7.00 lebih." "Lain kali jangan lambat lagi tau," jelas Cikgu Nadia seperti melontarkan nasihat kepada Fakhrul. "Jumpa saya lepas waktu sekolah. Ada sesuatu yang hendak saya katakan," sambung Cikgu Nadia lagi. Fakhrul bungkam seketika. Fakhrul berfikir kenapa Cikgu Nadia hendak berjumpa dengannya. Kalau kerana lewat ke sekolah, dia telah memohon maaf tadi. "Ah, apa yang nak dirunsingkan lebih baik aku ke kantin untuk mengisi perut yang dah berbunyi-bunyi macam-macam jenis lagu ini," bisik hati kecil Fakhrul. Dia bangun meninggalkan kelas lalu menuju ke kantin. Setelah tamat waktu sekolah, Fakhrul pergi berjumpa Cikgu Nadia di bilik guru seperti yang di arahkan. Cikgu Nadia mengajak aku ke pondok bacaan dan duduk di situ. Aku memang gemar ke sini, di sinilah aku menghabiskan masa bertukar-tukar nota dengan kawan-kawan dan mengulangkaji pelajaran bersama-sama, tetapi tidak lagi sekarang kerana aku seperti tidak berminat dengan semua itu lagi. "Cikgu harap Fakhrul jangan terlalu susah hati," kata Cikgu Nadia memulakan bicara. Aku merenung tajam ke arahnya untuk beberapa ketika. "Tahukah cikgu Nadia aku sedang berperang dengan masalah yang aku cari sendiri?". Bisikku dalam hati. "Cikgu juga pernah mempunyai keinginan seperti awak dan remaja yang lain sewaktu cikgu sebaya dengan awak dahulu sehingga tidak dapat membezakan mana yang lebih penting, mengejar cita-cita atau cinta dahulu". "Cikgu juga pernah mengalami perasaan macam awak rasa sekarang. Namun, setelah beberapa ketika cikgu mula sedar bahawa harapan ibu bapa dan impian cikgu untuk mengikut jejak langkah orang yang berjaya lebih utama dalam usia muda dari melayani perasaan yang masih tidak bermatlamat itu. Malah cikgu merasakan cikgu harus bersama-sama dengannya untuk seiring mengejar cita-cita." Cikgu Nadia menarik nafas halus. Di hatinya berharap agar Fakhrul memahaminya dan dapat berfikir dengan sebaiknya. "Semangat tidak harus luntur, sekadar berhadapan dengan satu dugaan," katanya dengan penuh bersemangat meneruskan kata-katanya. Semangatku semakin pulih mendengar kata-kata cikgu Nadia itu. Fakhrul pula mula menilaikan kedudukan dirinya. Setelah menilai demikian, dia rnenggeleng-gelengkan kepalanya. Dia sedar, dia belumlah terlambat untuk membuat pilihan. Dia bertekad untuk membuang perasaan itu jauh-jauh dari fikiran dan hatinya. Apa yang penting sekarang adalah mengejar impiannya untuk terbang di awan biru. "Terima kasih, cikgu!" ucap Fakhrul dengan nada penuh semangat dan gembira. Cikgu Nadia tersenyum membalas ucapannya itu. ***** Fakhul bersiap-siap untuk ke sekolah. Jam di dinding masih menunjukkan pukul 7.00 pagi. Kata-kata cikgu Nadia beberapa hari lalu dijadikan azimat olehnya untuk membuat perubahan. "Cita-cita mesti seiring dengan cinta", bisik hati kecilku. Aku memberikan tumpuan sepenuhnya ketika guru sedang mengajar. Aku sering bertanya kepada guru jika tidak memahami sesuatu topik yang di ajar. Cikgu Nadia banyak membantu aku dalam pelajaran. Ketika subjeknya, cikgu Nadia banyak memberi peluang kepada aku untuk menjawab soalan yang diberikan. Kadang-kadang, cikgu Nadia akan membahagikan aku dan rakan-rakan di dalam kelas kepada beberapa kumpulan. Aku berasa seronok dengan aktiviti pembelajaran seperti ini kerana aku dapat berkerjasama dengan rakan-rakan sambil bertukar-tukar idea. "Selepas waktu sekolah tunggu cikgu di pondok bacaan," kata cikgu Nadia kepada aku dan beberapa rakanku yang lain. Kami bercadang untuk membuat study group sebagai persiapan untuk SPM yang bakal menjelang. Ini pun idea cikgu Nadia yang berbesar hati untuk mengorbankan masanya untuk membantu kami mengulang kaji pelajaran. Kata cikgu Nadia dengan cara ini kami akan lebih memahami sesuatu topik dengan lebih berkesan. Pelajar yang lebih bijak boleh membantu pelajar yang lemah. Kata-kata semangat juga sering diucapkan oleh cikgu Nadia kepada aku dan rakan-rakan di dalam kelas setiap kali sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Teringat aku antara salah satu kata-kata cikgu Nadia yang kata cikgu dipetik dari kata-kata HAMKA, seorang nasionalis dan ahli akademik yang patut dijadikan role-model dalam kehidupan; "Jangan takut jatuh, kerana yang tidak memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah cuba melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua". Fakhrul merenung ke kalendar yang berada di atas meja biliknya. Tarikh SPM tinggal 15 hari lagi. Fakhrul bersemangat untuk mengejar cita-citanya. Dia tidak lagi memikirkan tentang perasaannya pada Nur tetapi dia lebih selesa menjadikan Nur sebagai rakan belajar. Kedengaran lirik lagu See U Di IPT nyanyian kumpulan UNIC di putarkan di radio; Santun pekertimu Dan lembut tutur katamu Menarik minatku Untukku mendekatimu Sepucuk surat ku tulis Menyatakan harapan Walaupun ku kebimbangan Kau berbeza pandangan Namun ku tetap menanti jawapan Alangkah riangnya di hatiku Luahan hasratku mendapat perhatian Ku terima balasan darimu Kau jua menyimpan perasaan Warkahmu memberi kepastian Hanya kejayaan menentu pertemuan Setiap kali di akhir katamu Kau selalu tulis See You D IPT Guru selalu mengingatkan Kita dilarang berkasihan Ketika masih di alam persekolahan Bangkit semangat keazaman Memburu cita dan impian Dengan segala kesungguhan Ku timba ilmu pelajaran Tinggal warkahmu menjadi kenangan Betapa syukurnya di hatiku Segala impian menjadi kenyataan Terpancarlah cahaya gemilang Kini kejayaan di genggaman Andai kau kembali ku temui Akan ku menuntut kata-kata dan janji Kerna diriku masih mengingati Kau selalu tulis See You D IPT Lagu itu makin menyuntik semangat dirinya untuk berjaya. "Ya, akan aku buktikan! See U Di IPT!", bisik hati Fakhrul sambil tersenyum.

Thursday, 20 September 2012

Mencari Jalan Kembali

Abdullah Umar memandang jam di dinding biliknya. Ahh ...sudah jam 3.45 petang. Terkocoh-kocoh dia bangun menuju ke bilik air lalu mengambil wudhu' untuk solat Zuhur. Leka benar dia dengan permainan Counter Strike di komputer. Sudah menjadi kebiasaan Abdullah bersolat pada akhir waktu. Padanya, tiada salahnya melewatkan solat. Solatnya masih sah sementelah ia masih dalam had waktu yang dibenarkan untuk menunaikan solat. Abdullah tahu bahawa lebih afdal untuk menunaikan solat pada awal waktu namun dia kurang mengambil perhatian akan itu. Dia juga tahu bahawa solat adalah amalan manusia yang pertama akan dihisab oleh Allah SWT di Padang Mahsyar kelak namun Abdullah tetap begitu. Dia tetap liat untuk solat. Dalam solat, kerap benar fikiran Abdullah menerawang hinggakan dia terlupa sudah berapa rakaat telah disempurnakannya. Abdullah asyik memikirkan permainan komputer yang dimainkannya sebentar tadi. Solatnya tidak khusyuk. Kerap kali begitu. Sukarnya untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat! Ahh ...solat atau tidak sama sahaja. Tiada kesan pada Abdullah. Abdullah berdoa ringkas. Doa dipanjatkan untuk ibu bapa dan dirinya. Tidak pula dia mendoakan saudara seIslam yang lain. Abdullah sangat mengetahui akan penderitaan dan penindasan yang berlaku kepada umat Islam di Syria, Palestin dan Myanmar serta umat Islam yang lain namun Abdullah tidak mendoakan keselamatan dan keamanan untuk mereka. Sebaliknya, Abdullah berasa beruntung sendiri kerana berada di negara yang aman. Sekiranya Abdullah berada di tempat mereka, pastilah Abdullah mendambakan doa-doa daripada saudara seagama yang prihatin. Paling tidak, Allah mendengar doa dan insya-Allah, Allah akan makbulkan doanya. Maka, berkuranganlah perit derita yang mereka lalui. Umat Islam diibaratkan sebagai satu anggota badan. Apabila peha kanan dicubit, peha kiri turut terasa. Derita mereka sepatutnya menjadi derita Abdullah juga. Abdullah juga seperti remaja lain yang mempunyai rasa ingin dicintai wanita. Sudah lama Abdullah berpasangan dengan Zila. Perkenalan yang membahagiakan itu terjadi ketika Abdullah dan Zila berada dalam semester dua peringkat pengajian diploma. Setiap hari mereka menghabiskan masa berjam lamanya untuk berbual sama ada melalui pesanan ringkas ataupun panggilan telefon. Walaupun mereka sering bertemu, rindu antara mereka tidak pernah surut. Kerap kali mereka keluar berdua untuk makan bersama, menonton wayang dan membeli-belah. Dalam pelajaran pula, mereka berdua merupakan pelajar cemerlang di kolej mereka. Kebiasaannya pada setiap semester, CGPA mereka pasti di atas 3.50. Ramai rakan-rakan yang mencemburui kepintaran mereka, namun itulah rezeki yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada mereka. Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah SWT yang sentiasa memberikan rezeki kepada hamba-hambaNya yang gigih berusaha tanpa mengira tahap keimanan seseorang itu kepadaNya. Walaupun begitu, jauh di sudut hati Abdullah ada terselit satu perasaan tidak tenteram. Solat dan Al-Quran tidak berjaya menegahnya daripada melakukan maksiat. Kadang-kala Abdullah mempersoalkan, jika solat menegah manusia daripada melakukan kemungkaran namun mengapa dia masih melakukan dosa dan maksiat. Di mana silapnya? Abdullah juga sering berzikir dan beristighfar namun Abdullah tidak menemui ketenangan daripadanya. Abdullah cuba mencari makna di sebalik firman Allah SWT iaitu dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang namun mengapa Abdullah masih jauh daripada ketenangan? Dek kerana mencari ketenangan, Abdullah mengunjungi pusat karaoke, pusat snuker dan pernah sekali Abdullah ke kelab malam. Kunjungan Abdullah ke sana menimbulkan amarah bapanya. Bukan sahaja gagal menemui ketenangan yang dicari malah dirotan pula. Bapanya tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak sulungnya itu yang sepatutnya menjadi contoh dan pelindung kepada adik-adiknya mengunjungi kelab malam! Satu hari ketika Abdullah di kedai buku, Abdullah terdengar sebuah lagu merdu yang didendangkan di radio. Abdullah segera mendekati corong suara untuk mendengar dengan lebih jelas lagi. "Jalan pulang bukannya mudah, Musuh nafsu ajak menyerah, Mohon taufik mohon hidayah, Agar selamat dari fitnah" Bait-bait lagu tersebut menyentuh hati Abdullah. Rasa sayu menggayut hati. Entah apa istimewanya lagu itu namun ia hampir-hampir mengalirkan air mata Abdullah. Pulang ke rumah, Abdullah bermuhasabah diri. Dia merasakan hidupnya selama ini banyak diluangkan untuk perkara sia-sia. Dia sepatutnya menjadi khalifah Allah yang meneruskan perjuangan Rasulullah SAW namun banyak hal berkaitan Islam yang Abdullah abaikan. Jauh benar beza dirinya dengan pemuda pada zaman Rasulullah SAW. Pemuda seperti Saidina Ali RA sanggup menawarkan nyawa sebagai galang ganti kepada nyawa Rasulullah SAW yang ingin dibunuh oleh Musyrikin Mekah. Betapa teguhnya iman Saidina Ali RA! Mengenangkan betapa lemahnya iman, air mata Abdullah mengalir tanpa tertahan lagi. Segera, sejadah dicapai dan solat sunat taubat dilakukan. Lama Abdullah bersujud sambil diiringi air mata yang deras mengalir. Pada Allah ampunan diharapkan. Dalam doanya, "Saksikanlah Ya Allah, hari ini Abdullah Umar datang menyerah diri dan mengakui segala dosa. Ya Allah, ampunkan aku. Sungguh, aku sangat menzalimi diriku sendiri." Abdullah memutuskan untuk bertemu Ustaz Hanafi, guru agama di sekolahnya dulu. Abdullah tahu, Ustaz Hanafi pasti bersedia membantunya. Apabila disoal tentang hidayah yang datang melalui lagu, kata Ustaz Hanafi, "Jika lagu tersebut mengajak kepada keesaan Allah dan mendatangkan keinsafan kepada kita, maka itulah hidayah daripada Allah. Abdullah, bersyukurlah Allah mengurniakanmu hidayah. Hargailah ...takut-takut ini hidayah yang terakhir." Abdullah pulang dengan hati penuh penyesalan. Abdullah bertekad untuk memelihara hidayah yang diperolehinya. Ibu dan bapa Abdullah sangat menyenangi perubahan Abdullah. Dinamakan Abdullah Umar sempena Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang soleh. Sudah tentu ibu bapanya mendambakan zuriat mereka itu juga soleh. Kini Abdullah fahami, kebaikan dan dosa tidak boleh dicampurkan. Berpasangan dan melakukan perkara yang sia-sia yang lain menambahkan lalai di hati Abdullah. Ia membuatkan Abdullah semakin jauh daripada cinta Allah. Abdullah juga tidak merasakan kemanisan beribadah kepada Allah. Dia belajar untuk bersyukur dan menghayati setiap bait zikir yang dilafazkannya. Abdullah berazam untuk meninggalkan jalan-jalan maksiat. Hubungannya dengan Zila banyak menambahkan saham dosa Abdullah. Mengingati, merindui dan memandang Zila sering membawa kepada zina fikiran dan hati. Abdullah khuatir hatinya bertambah gelap dengan dosa. Oleh itu, Abdullah terpaksa bertegas dengan kemahuan nafsunya. Cukup sukar untuk Abdullah melakukannya namun Abdullah ikhlaskan hati. Semuanya demi mengejar cinta yang agung. Matlamat Abdullah semakin jelas kini. Hanya redha Allah yang akan dicari. Abdullah mengharapkan penghijrahan kali ini hingga ke hujung nyawa. Semoga Allah SWT meredhai usaha Abdullah dalam mencari jalan kembali.

Wednesday, 19 September 2012

Sundogs Like light pillars, sundogs are the product of light passing through crystals. The particular shape and orientation of the crystals can have a drastic visual impact for the viewer, producing a longer tail and changing the range of colors one sees. The relative height of the sun in the sky shifts the distance the sundogs appear to be on either side of the sun. Varying climactic conditions on other planets in our solar system produce halos with up to four sundogs from those planets' perspectives. Sundogs have been speculated about and discussed since ancient times and written records describing the various attributes of our sun date back the Egyptians and Greeks.

Columnar Basalt When a thick lava flow cools, it contracts vertically but cracks perpendicular to its directional flow with remarkable geometric regularity - in most cases forming a regular grid of remarkable hexagonal extrusions that almost appear to be made by man. One of the most famous such examples is the Giant's Causeway on the coast of Ireland (shown above), though the largest and most widely recognized would be Devil's Tower in Wyoming. Basalt also forms different but equally fascinating ways when eruptions are exposed to air or water.

Corak menarik pada permukaan sebuah bangunan di Haus Rizzi - Jerman. Read more: http://maidaribendang.blogspot.com/2012/02/gambar-gambar-menakjubkan-dari-serata.html#ixzz26yV1b3tU

Saat-saat menarik waktu siang dan malam yang dirakamkan di sebuah tugu peringatan di Kaunas, Lithuania. Read more: http://maidaribendang.blogspot.com/2012/02/gambar-gambar-menakjubkan-dari-serata.html#ixzz26yUY7s6N

Pokok-pokok yang tumbuh di sebuah hutan membentuk suatu formasi yang ganjil berhampiran bandar Gryfino, Poland. Punca lengkungan tersebut masih tidak diketahui. Read more: http://maidaribendang.blogspot.com/2012/02/gambar-gambar-menakjubkan-dari-serata.html#ixzz26yU6hOcB

Sebuah restoran di pantai timur Zanzibar. Bergantung kepada pasang surut laut , pengunjung boleh ke restoran tersebut dengan berjalan kaki ataupun berperahu. Read more: http://maidaribendang.blogspot.com/2012/02/gambar-gambar-menakjubkan-dari-serata.html#ixzz26yTfp9Se

Thor's Well a.k.a "the gates of the dungeon" ( Pintu Penjara) di Tanjung Perpetua, Oregon , Amerika Syarikat. Pada waktu ombak sederhana dan berarus deras , aliran airnya menghasilkan pemandangan lanskap yang menarik. Read more: http://maidaribendang.blogspot.com/2012/02/gambar-gambar-menakjubkan-dari-serata.html#ixzz26ySWheDd

Wednesday, 12 September 2012

I PHONE 5

(CNN) -- One of the more striking things about holding a new iPhone model is how your old iPhone, which seemed perfectly sleek and adequate just an hour earlier, can suddenly feel slow, clunky and heavy. It's a neat trick, one that Apple is betting on to help it ship new units to exsisting iPhone owners in the coming year. After today's Apple press event, we were given some hands-on time with the upgraded iPhone 5, as well as the iPod touch and iPod nano. Here are our first impressions of the taller, lighter iPhone 5, which we tested next to a crusty, pratically fossilied iPhone 4. Opinion: The iPhone is not our savior The iPhones and iPods were laid out on tables in the dim, windowless hall at the Yerba Buena Center for the Arts. Protective Apple employees made sure the devices weren't pilfered, wiped off journalists' finger prints and visibly flinched every time someone dropped a phone (which happened quite a few times while we were there). From the front, the iPhone 5 looks just like the iPhone 4 and 4S. It actually takes a moment to register that it's taller (holding it next to a previous iPhone model helps bring it home). The display is the same retina display found in the iPhone 4, iPhone 4S and now, the new iPod Touch, but is now 4-inches instead of 3.5-inches. Apple unveils the new iPhone 5 CNN App shown at iPhone 5 press event Apple unveils smaller, faster iPhone 5 Then you pick it up. The phone is incredibly light, and that weight is its most striking and memorable feature. It feels almost delicate in the hand, naked without some sort of protective case to prevent it from snapping in half. Of course, the iPhone is not nearly that fragile. The body is made out of the same aluminum found in MacBooks, as well as glass. It feels expensive, not like a plastic device that could break easily. (We look forward to the inevitable drop tests.)


Powered by Blogger.

Pages - Menu

Template by:

Free Blog Templates